top of page

I-REKA’15 mantapkan minda mahasiswa


11010627_1654423214795322_2110744899159578123_n.jpg

NILAI, 22 MEI 2015- Produk rekacipta dan inovasi yang dipersembahkan dan dipamerkan dalam pertandingan I-REKA’15 di Dewan Tunku Canselor baru-baru ini menajamkan minda mahasiswa dan membawa produk islam kepada umum.


Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, beliau mengatakan bahawa penghasilan produk dalam I-REKA’15 dapat mencungkil bakat di samping menggalakkan aspek kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar-pelajar USIM.


“Ini merupakan tahun keempat i-reka diadakan dan ia menunjukkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar-pelajar USIM mungkin telah mencapai tahap pencapaian yang baik. I-reka juga merupakan platform awal di mana USIM akan mengenal pasti bakat dan produk baru dalam kalangan pelajar USIM untuk dipamerkan dalam pameran-pameran yang lebih berprestij seperti Novel Research and Innovation Competition (NRIC)”, tambah beliau lagi.


Tambahan itu, pada ucapan majlis penutup I-REKA’15, beliau berharap agar budaya kreativiti dan inovasi akan menjadi satu perkara yang sangat sinonim dan sangat dekat kepada semua warga USIM, tidak terhad kepada pelajar sahaja tetapi juga kepada staf- staf USIM.


Seramai 103 penyertaan dan lapan kategori yang dipertandingkan iaitu dalam i-REKA’15. Pure and Applied Science(PAS), Technology and Engineering(TE), Clinical and Health Science(CHS), Social Science(SS), Education Innovation(EI), Social Innovation(SI), Information, Communication and Technology(ICT) dan Creative Design(CD).


Program anjuran Urusetia Rekacipta dan Inovasi (UREKA) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Fakulti-Fakulti, Pusat Pengajian Teras (PPT), dan juga Pusat Pengajian Siswazah (PPS) sebagai kesinambungan bagi Program Rekacipta dan Inovasi islam USIM 2014 (I-REKA’14) yang dahulunya dikenali Pertandingan Inovasi Pelajar USIM (SIC).


Selain itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Pengurusan Prestasi), Prof. Norita Md Narwawi yang merupakan ketua juri I-REKA’15 berkata, pertandingan ini dinilai daripada pelbagai jenis aspek seperti ketulenan, kreativiti, keboleh pasaran dan lain-lain lagi.


“Idea pelajar bagi menghasilkan produk i-reka bagus dan cara perbentangan produk semakin meningkat. Begitu juga, persediaan para pelajar untuk i-reka tahun ini lebih kemas,” tambah beliau.


Menurut salah seorang peserta I-REKA’15, Siti Aishah bt Sulaiman,22 berkata, pertandingan i-reka (ciptaan inovasi) yang diadakan ini membuka peluang kepada para pelajar untuk mencipta sesuatu produk.


“ Saya berharap agar lebih ramai lagi para pelajar terutama dari FPBU dapat menyertai pertandingan cipta inovasi seperti ini dan yang paling penting dapat menimba pengalaman dalam mencipta sesuatu yang baru, seterusnya dapat membantu ummah yang bersesuaian dengan arus modenisasi,” katanya ketika ditemu bual."


 FOLLOW THE ARTIFACT: 
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Instagram B&W
 RECENT POSTS: 
 SEARCH BY TAGS: 
bottom of page