“TRYPOPHOBIA’’, takut kepada lubang
Fobia biasanya digambarkan perasaan takut yang tidak rasional dan berterusan kepada objek tertentu atau keadaan dan sebab-sebab kebimbangan yang sukar untuk dikenal pasti. Perasaan tidak selesa seperti jijik, geli, meremang, mual dan gatal itulah yang dapat digambarkan bagi mereka yang mengidap trypophobia.
Trypophobia menurut urban dictionary dapat didefinisikan sebagai suatu ketakutan kepada lubang-lubang kecil atau bentuk asimetris yang membuat seseorang merasa gatal dan geli di seluruh tubuh serta perasaan yang tidak selesa.
Perkataan trypophobia ditemukan sejak tahun 2005 yang merupakan kombinasi dari kata trypo (Yunani) yang bermaksud lubang dan fobia. Meskipun begitu, pihak American Psychiatric Association's Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders tidak mengakui trypophobia sebagai jenis gangguan mental.
Penyelidikan oleh ahli-ahli sains psikologi Geoff Cole dan Arnold Wilkins dari Universiti Essex, menunjukkan bahawa trypophobia mungkin berlaku akibat daripada satu ciri visual tertentu yang juga ditemui di kalangan pelbagai haiwan beracun.
Menurut Dr.Geoff Cole daripada University of Essex berkata, trypophobia adalah fobia paling umum yang belum pernah didengar.
"Semua orang memiliki kecenderungan menjadi trypophobic, walau tidak disedari. Hal ini kerana kecenderungan menghindari sesuatu yang dirasa membahayakan diri sendiri." tambahnya lagi.
Tambahan itu, menurut Professor Arnold Wilkins daripada University of Essex, beliau memperlihatkan imej trypophobia kepada penelitian matematik dan berkata, beliau kini boleh meramalkan tahap ketepatan sesuatu imej yang boleh berkait dengan trypophobia.
"Kita kini tahu mengapa imej tidak selesa dan kami tidak cukup pasti mengapa haiwan beracun mempunyai ciri-ciri trypophobia, dan ianya adalah permasalahan yang menarik dalam penyelidikan," tambah Professor Arnold Wilkins.
Trypophobia secara meluas didokumenkan dengan penghidap di Internet. Dalam satu kajian, Cole dan Wilkins mendapati kira-kira 16% daripada responden melaporkan reaksi trypophobia.
Reaksi pada lubang secara automatik membuatkan mereka meremang dan gatal. Bagi pengidap yang mengalami tahap trypophobia kritikal, sebahagian daripada mereka berfikir bahawa sesuatu mungkin tinggal di dalam lubang itu dan sebahagian daripada mereka takut bahawa mereka akan jatuh dalam lubang itu.
Contoh lain selain biji teratai seperti sarang lebah, buih sabun, telur katak, atau objek lain yang terdorong kepada trypophobia. Walau bagaimanapun, Geoff Cole dan Arnold Wilkins membuat kesimpulan bahawa, bukan lubang yang menbuatkan orang-orang ini takut. Sebaliknya, otak mereka mengaitkan lubang dengan bahaya.
Reaksi berbeza-beza dari seorang ke seorang. Melalui pengalaman seorang penghidap trypophobia Nurain Mohd Efendi, beliau menjelaskan reaksi beliau apabila melihat objek berlubang.
"Reaksi pertama dan yang paling ketara saya dapat adalah seram sejuk. Saya berasa seram sejuk setiap kali melihat objek yang berlubang dan kepala menjadi meremang dan gatal. Kesan paling teruk apabila melihat objek itu dalam masa yang lama, kepala saya jadi pening, dan pada masa yang sama, saya berasa cemas seolah-olah tidak boleh bernafas," jelasnya ketika ditanya.
Dr Geoff Cole berkata, trypophobia dapat disembuhkan secara sendiri. Caranya dengan sering melihat gambar-gambar berlubang sehingga penghidap menjadi tidak peka akan pola berlubang.