top of page

Ikatan Mahasiswa Darul Naim (NAIM) Dekati Mahasiswa


11118281_865348363524309_216388433_n.jpg

NILAI- Seramai 100 orang mahasiswa menyertai pertandingan futsal anjuran Ikatan Mahasiswa Darul Naim (NAIM) bersempena program “Ramah Mesra Anok Kelate” bertempat di Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Pertandingan yang julung kali diadakan ini dilihat berjaya menarik minat mahasiswa dan mahasiswi untuk turut serta memeriahkan program tersebut disamping mengamalkan gaya hidup sihat.


Menurut pengarah program yang merangkap Pengerusi Ikatan Mahasiswa Darul Naim (NAIM) USIM, Muhamad Fikri Mahasan, saya akan menjadikan program kali ini sebagai batu loncatan kepada NAIM untuk masa hadapan.


“Alhamdulillah, program ini berjaya mencuri perhatian mahasiswa untuk sama-sama membudayakan amalan gaya hidup sihat," ujar beliau.


Mohamad Shafiq Mohd Shakru, exco kesukanan dan kerohanian NAIM mengatakan yang beliau sangat berpuas hati dengan penganjuran kali kerana kerjasama yang diberikan oleh mahasiswa.


“Berbanding dengan program yang diadakan sebelum ini, program kali ini berjaya dan saya amat berterima kasih kepada mahasiswa kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan lagi acara," kata Mohamad Shafiq.


Menurut salah seorang peserta pertandingan, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran kali ini dan berharap dapat menyertai program-program seperti ini di masa hadapan.

“Program seumpama ini perlu dianjurkan lebih kerap lagi kerana disamping dapat menjaga kesihatan ia juga dapat merapatkan lagi ikatan antara mahasiswa.”


Turut serta dalam program ini ialah saudara Ahzam Che Mat yang mewakili NAIM Pusat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang hadir sebagai tetamu khas disamping untuk sama-sama memberi semangat pemain-pemain.

 FOLLOW THE ARTIFACT: 
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Instagram B&W
 RECENT POSTS: 
 SEARCH BY TAGS: 
bottom of page