top of page

Mahasiswa USIM turun padang


11401200_945830135479125_3382023742590763512_n.jpg

REMBAU - Kejayaan sebenar ma­hasiswa bukan di dalam pelajaran semata-mata tetapi mereka perlu menyumbang dan menabur bakti kepada masyarakat seperti melibat­kan diri dalam program-program kemasyarakatan seperti Program Khidmat Masyarakat dan Gotong royong anjuran Pusat Kesihatan Universiti sains Islam Malaysia dengan kerjasama Urusetia Perlind­ungan Perubatan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (U3P USIM ) di Kampung Bongek, Rembau Neg­eri Sembilan baru-baru ini.


Program anjuran Pusat Kesi­hatan USIM ini bukan sahaja mend­edahkan peserta supaya mendekat­kan diri kepada masyarakat, malahan program gotong royong ini diselit­kan dengan pengisian rohani seperti bacaan al-Quran secara berkumpu­lan dan tazkirah ringkas daripada Pengarah Program, Muhammad Rezal b. Ahmad Zaini selepas sem­bahyang zohor secara berjemaah.


Menurut Rezal, setiap indi­vidu perlulah melakukan sesuatu ibadah itu dengan bersungguh-sungguh kerana hidup di dunia ini hanyalah sementara. Setiap ibadah yang dilakukan mestilah ikhlas dan letakkan Allah SWT di kedudukan teratas dalam hati.


“Walau dimana kita berada janganlah takut kita akan keseoran­gan kerana Allah SWT sentiasa hampir dengan kita. Kita juga dila­rang sama sekali lupa dengan nikmat yang telah Allah SWT berikan ke­pada kita,” katanya lagi.


Menurut En Suhaimi Ismail, Pengarah Program bahagian Pusat Kesihatan USIM, program ini ber­tujuan mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat luar. Beliau amat berharap ramai lagi mahasiswa USIM dapat me­libatkan diri dengan program ke­masyarakatan.


“Penyertaan mahasiswa USIM dalam program ini amat menggalakkan walaupun dilak­sanakan semasa cuti pertengahan semester. Hal ini kerana kami telah membuat hebahan awal berkaitan program ini sebelum cuti pertengah­an semester bermula,” kata Amirah.Hassan, Pengarah U3P USIM.

“Ketika di universiti ma­hasiswa mempunyai peluang yang besar untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan mengumpul pengalaman sebanyak yang mung­kin.Apabila sudah memasuki alam pekerjaan, peluang untuk menyertai program kemasyarakatan seperti ini agak sukar,” tambahnya lagi.


Tegasnya, walaupun aktif berprogram, setiap mahasiswa perlu pandai mengurus masa dan jangan jadikan kesibukan berprogram ala­san untuk ponteng kelas. Beliau juga mengatakan bahawa mahasiswa USIM perlu­lah menyertai program-program berbentuk kesukarelawan kerana kebanyakan mahasiswa yang me­nyertai program seperti ini adalah mereka yang aktif berpersatuan sa­haja.


Menurut Abd Karim bin. Abd Ghani, Pengerusi Kariah Kampung Bongek, beliau amat mengalu-alu­kan kedatangan warga USIM yang sudi mengadakan program khidmat masyarakat di kampung itu.


Tambah beliau lagi “Masjid Kampung Bongek sedang melaku­kan proses membaik pulih masjid bagi memberi keselesaan kepada pengunjung masjid”.


Menurut Siti Edora Patta,pelajar tahun dua FSU, be­liau menyertai program khidmat masyarakat ini adalah bagi men­cari peluang untuk mendekati masyarakat.


“Di sebabkan saya tidak pu­lang ke kampung cuti pertengahan semester, saya membuat pilihan un­tuk mengisi masa terluang saya dengan menyertai program khidmat masyarakat ini,” katanya ketika di temui baru-baru ini.


Program gotong-royong ini disertai lebih 60 mahasiswa dan kakitangan USIM. Mereka diba­hagikan kepada tiga kumpulan bagi membersihkan kawasan masjid, perkuburan dan Madrasah di Kam­pung Bongek.





 FOLLOW THE ARTIFACT: 
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Instagram B&W
 RECENT POSTS: 
 SEARCH BY TAGS: 
bottom of page