USIM dinobat juara keseluruhan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun
- Oleh: Syarifah Khairiah Farid
- Apr 18, 2015
- 2 min read

Nilai- Barisan pendebat Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM) berjaya merangkul Piala Pusingan Ibnu Khaldun apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 USIM baru- baru ini.
Mereka berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) sekaligus membawa pulang wang bernilai RM2000 tunai.
Pasukan pendebat USIM yang berada di barisan pembangkang diwakili oleh Ikmal Jamaluddin, 19, Siti Suhaila Sharudin, 21, Ahmad Farouq Ahmad Fuad, 19, dan Wan Nur Afifah Wan Nati, 19, berdebat dengan pasukan lawan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berada di barisan kerajaan diwakili oleh Raja Mamat Raja Ibrahim, 20, Nor Fatin Syahirah Zulkapli, 20, Muhd Ammar Rafiq Ruslan, 20, dan Hapsah Mohd Saleh, 19.
Menurut ketua Unit Pengurusan Acara dan Protokol, Pusat Komunikasi Strategik USIM, Mohd Zaini Othman berkata, Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun yang berlangsung selama empat hari iaitu pada 9 hingga 12 April mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 32 orang pendebat dari pelbagai universiti. Sebahagiannya adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) ,Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
“ Alhamdulillah, sambutan program debat pada kali ini amat baik dengan penyertaan 32 orang peserta dari pelbagai universiti yang hadir bagi bertanding merebut piala tersebut.
“Saya turut berasa gembira di atas kejayaan para pendebat Usim kerana berjaya merangkul piala Pusingan Ibnu Khaldun, wang tunai RM2,000, piala iringan beserta sijil penghargaan.” katanya.
Menurut salah seorang peserta debat usim, Wan Nur Afifah Wan Nati, 19, meluahkan kegembiraan beliau dalam kemenangan yang diperoleh.
“ Saya dan rakan- rakan sepasukan amat berpuas hati dengan kemenangan yang diperoleh oleh kami dengan titik usaha serta semangat sepasukan yang berkobar-kobar bagi meraih kejuaraan pada hari ini,” ujarnya.
Bagi Nor Alifah Zaidi, tahun tiga , Fakulti Sains dan Teknologi, beliau turut mengatakan program tersebut harus diperbanyakkan lagi di USIM.
" Saya berasa program perdebatan sebegini harus diperbanyakkan lagi agar mahasiswa serta mahasisiwi dapat menonjolkan bakat masing- masing di samping melahirkan generasi yang berminda luas, " katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Timbalan Naib Canselor Usim, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Profesor Madya Dr Amir Shaharuddin bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta- peserta yang terlibat.
Comments