BATTLE OF NASYEEDIAN RETURN Asah bakat mahasiswa dan mahasiswi secara tidak langsung
Usim 2 April 2015 : Seramai 23 kumpulan terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta penyertaan daripada Darul Quran (DQ) mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Program anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan, Sekretariat Perhubungan Pelajar FPQS mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran mahasiswa serta mahasiswi USIM yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKU) semalam.
Bagi Mutii’ah Abdullah,tahun tiga, Exco Kesenian dan Kebudayaan FPQS menjelaskan bahawa program ini memberi manfaat yang besar kepada mahasiswa dan mahasisiwi.
“Program ini fokus kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mencungkil bakat- bakat mereka dalam satu majlis pertandingan nasyid yang diadakan.”
“ Alhamdulillah, sambutan pertandingan ini amat memberangsangkan dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi yang memberi sokongan dan dorongan kepada para peserta.”
Program tersebut mendapat penyertaan daripada mahasisiwa/i yang terdiri daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama ( FPBU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunah (FPQS), Fakulti Pengajian Syariah dan Undang- Undang (FSU), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP).
Menurut Siti Shafiyah Hamzah, tahun dua, Fakulti Pengajian Quran Sunah yang merupakan peserta nasyid tersebut turut mengatakan bahawa pertandingan ini memberi impak yang baik kepada beliau.
“ Setiap orang mempunyai bakat tersendiri termasuklah saya. Dengan adanya pertandingan ini, saya dapat mengasah bakat yang terpendam selama ini.
“Pada masa yang sama, pertandingan ini membuka peluang kepada saya dan kawan untuk mengeratkan ukhuwah serta saling bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.
Bagi Nor Hazwani Rifai, tahun tiga, Fakulti Pengajian Syariah dan undang- undang turut meluahkan rasa gembira dalam menghadiri program tersebut.
" program ini amat menarik kerana dapat melihat bagaimana para peserta menyerlahkan bakat yang terpendam di samping dapat melahirkan keberanian dalam diri individu- individu tersebut, " Kata beliau.
Tambahan itu, Mutii’ah turut meletakkan harapan yang besar agar program ini bukan sekadar hiburan semata- mata, bahkan memberi manfaat kepada semua.
" saya harap agar mahasiswa serta mahasiswi dapat memberi sokongan dan dorongan bagi setiap program yang pihak universiti adakan dan ianya dapat juga memberi manfaat sesama kita, tambahnya lagi.