FPBU azam pertahan kejuaraan SUFA
NILAI: Pasukan bola sepak Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) berazam untuk mengekalkan kejuaraan kali kedua berturut-turut dalam kejohanan bola sepak Sukan Antara Fakulti (SUFA) tahun ini yang bermula minggu depan.
Ketua pasukan terbabit Saudara Muhammad Hafizan Rusli berkata, latihan sudah bermula sejak bulan lepas di bawah bimbingan pengurus pasukan, Muhammad Shahrul Naim yang juga pelajar tahun akhir fakulti itu.
"Saya lihat pemain memberikan perhatian sepenuhnya pada sesi latihan hari ini dan saya pasti pemain akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan mahkota kejuaraan yang dimenangi pada musim lepas," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan Muhammad Shahrul Naim berkata, saingan kali ini berbeza dari musim lepas kerana musim ini kami perlu mempertahankan kejuaraan dimana mempertahankan kejuaraan lebih sukar dari mengejar kejayaan.
“ Setakat ini majoriti pemain kami bebas dari kecederaan dan sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan musim ini,” ujarnya.
“ Latihan minggu ini kami banyak menekankan persefahaman di antara pemain disebabkan musim ini kami mempunyi ramai muka baru daripada pelajar tahun satu dan dua,” tambahnya lagi.
"Kami sebagai penyokong mahukan pemain bermain mati-matian untuk mempertahankan kejuaraan SUFA seterusnya mencapai target yg diamanahkan oleh Dekan". Kata salah seorang penyokong.
FPBU adalah antara tujuh pasukan yang akan memburu kejuaraan Sukan Antara Fakulti berkenaan. Pasukan lain ialah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Al-Qur’an dan As-Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), dan juga Fakulti Pergigian dan Sains Kesihatan (FPSK).
Musim ini, FPBU diundi dalam kumpulan yang agak sukar iaitu bersama FKP dan FST dimana FKP pernah muncul juara Liga Fakulti pada tahun 2013.
Untuk rekod, FPBU adalah juara bertahan Sukan Antara Fakulti (SUFA) dan naib juara Liga Fakulti 2013.